Wednesday, 11 May 2016

                             CIRI-CIRI USAHAWAN

PROAKTIF

Usahawan yang proaktif akan bertindak lebih agresif dalam segala tingkah laku dan tindakan dalam dunia perniagaan. Usahawan memiliki matlamat, wawasan dan sentiasa mahu maju ke hadapan. Usahawan akan lebih kreatif dan mahir menghasilkan produk dan perkhidmatan dalam dunia perniagaan. Usahawan yang proaktif juga melibatkan pencarian peluang baru yang di luar bidang operasi perniagaan.Seseorang usahawan perlu bersikap proaktif dalam perniagaan. Beliau perlu mencari maklum balas terutamanya daripada pelanggannya dan bukan menunggu pelanggan membuat aduan.

Selain itu, sekiranya terdapat aduan dan sungutan pelanggan mengenai keluaran ataupun perkhidmatan yang ditawarkan, usahawan seharusnya tidak cepat marah tetapi sebaliknya bersifat terbuka dan menerima aduan tersebut dengan senang hati. Ini kerana, melalui maklum balas tersebut, usahawan dapat memperbaiki kelemahan yang ada dan seterusnya mencapai kejayaan cemerlang dalam perniagaan.Tambahan lagi usahawan yang proaktif adalah berkaitan dengan usahawan yang bertindak secara inisiatif terhadap peluang dalam pasaran, tindakan mengambil peluang ini ialah untuk membentuk sesuatu persekitaran baru. Tindakan ini selalunya menyebabkan firma yang keusahawanan itu menjadi pemimpin di dalam pasaran dengan mempengaruhi kaedah bersaing dengan membina permintaan baru.
      
         Sebagai contoh usahawan yang proaktif iaitu usahawan runcit iaitu Datuk Wira (Dr.) Haji Ameer Ali bin Mydin.Beliau telah Pengasas pasaraya Mydin selepasa ayah beliau. Pasaraya Mydin adalah sebuah pasaraya yang menawarkan harga barangan yang murah berbanding pasaraya lain.Pengasas bagi Syarikat Mydin Mohamed Holdings Berhad ialah Tuan Mydin Mohamed bin Ghulam Hussein. Permulaannya pada tahun 1957, beliau membuka kedai kecil di Kota Bharu, Kelantan. Bermula dengan simpanan sendiri dan kemudiannya mendapat pinjaman daripada institusi kewangan, beliau kini berjaya memiliki lebih daripada 200 kedai termasuklah 12 pasaraya besar, 18 emporium borong, 3 bazar, 53 pasaraya mini, 10 kedai serbaneka & 5 francais di beberapa negeri di Semenanjung Malaysia.

Namun selepas Tuan Mydin, anak beliau Datuk Wira (Dr.) Haji Ameer Ali Mydin menyambung legasi ini sebagai Pengarah Utusan Mydin.Beliau bersikap proaktif dengan mencari peluang dalam pasaran serta memenuhi permintaan dipasaran dengan harga yang berpatutan untuk bersaing dengan pasaraya tempatan yang lain.Beliau juga mencari maklum balas dari pelanggan untuk memenehu permintaan baru pelanggan.




 JARINGAN

Rangkaian  adalah satu ciri yang perlu ada dalam  perniagaan yang memainkan peranan penting untuk kejayaan usahawan. Sekiranya usahawan mempunyai rangkaian yang baik untuk pengguna luaran dan dalaman, ia akan menjadi mudah untuk usahawan memperolehi kelebihan terhadap peluang perniagaan dan menyelesaikan masalah mengenai perniagaan mereka. Hubungan rangkaian yang baik membolehkan mereka mendapatkan sokongan dan kerjasama dari lingkaran rangkaian. Oleh itu, setiap usahawan perlu membina kemahiran rangkaian, kerana ia akan menjadi pemangkin kepada pencapaian sasaran dan objektif perniagaan.

Rangkaian adalah hasil dari strategi hubungan yang lepas dan sumber untuk strategi akan datang. Hubungan yang betul dan tanggungan adalah keputusan dari sumber yang mana syarikat asalnya membawa kepada (Rosli MAhmood)rangkaian, pengalaman yang ia dapat dan pelaburan yang dibuat dari hubungan tersebut. Ini bermaksud, selain dari analisa tambahan mengenai portfolio perhubungan syarikat dan memahami apa itu rangkaian, ini juga melibatkan penyenarai semua sumber tambahan yang dibina melalui pergaulan.

Contoh usahawan yang mengaplikasi kan ciri rangkaian dalam perniagaannya ialah Datuk Jimmy Choo merupakan seorang pereka kasut dan juga seorang tukang kasut yang mahir dan pakar  dalam menghasilkan hasil seninya. Beliau dilahirkan di Pulau Pinang,Malaysia pada tahun 1961 dalam sebuah keluarga dimana ayahnya menjalankan perniagaaan membuat kasut.setelah 4 tahu bertungkus lumus.
Empat tahun yang lalu apabila mendiang Puteri Diana berkenan dengan rekaan beliau lantas membelinya sekitar tahun 1190.Semenjak daripada itu,Puteri Diana suka dengan rekaaan Jimmy Choo dan menyebabkan nama Jimmy Choo terus melonjak di persada antarabangsa..Rekaan beliau mendapat liputan di Majalah Vogue, sebuah majalah fesyen terkenal di UK.Pada tahun 1996 ,beliau mengasaskan Jimmy Choo Ltd bersama Tamara Mellon,editor Bristish Vogue.Beliau bijak mencari peluang mencari jaringan bagi perniagaan kasutnya.




BERWAWASAN

Berwawasan bermaksud seseorang usahawan mesti menetapkan hala tuju yang tertentu pada masa hadapan. Wawasan perlu dibentuk bagi kedua-dua jangka masa, iaitu jangka masa pendek dan jangka masa panjang. Wawasan dapat mengelakkan lencongan. Dengan adanya hala tuju atau wawasan yang jelas, segala usaha yang diambil disasarkan ke arah pencapaian wawasan yang ditetapkan.Wawasan adalah keupayaan untuk melihat apa yang orang lain tidak dapat melihat dan mempunyai keupayaan untuk membayangkan bagaimana sesuatu yang akan berkembang di masa akan datang. Ia dapat mempunyai gambaran dalam fikiran usahawan yang betul-betul hasil yang usahawan bercadang untuk menghasilkan.

 Usahawan berwawasan dapat melihat dengan jelas apa atau perniagaannya akan kelihatan seperti di dalam setiap inci apabila ia selesai. Tambahan lagi, usahawan yang berwawasan juga mampu menjadikan seseorang itu lebih jelas, tersendiri, mempunyai matlamat tertentu di masa depan yang mempunyai kaitan dengan teknologi yang lebih maju. Sesetengah wawasan menekankan komunikasi, dan beberapa memainkan peranan tokoh dalam menganjurkan kumpulan sosial. Dengan kata lain, berwawasan bermakna seseorang boleh melihat sesuatu yang akan berlaku lebih jauh sebelum ia benar-benar terjadi.

Contoh usahawan yang berwawasan dalam industri automobil ialah Malcolm N. Bricklin.  Beliau dilahirkan pada  March 9, 1939 dan diiktiraf sebagai salah satu industri automobil terkemuka usahawan, pencipta dan berwawasan. Beliau mempunyai lebih 50 tahun pengalaman dalam mereka bentuk, kejuruteraan, pembuatan, perkilangan semula, mengimport, mengedar dan kereta pemasaran. Juga dikenali sebagai salah satu di Dunia 60 Minds Terbesar oleh Mike Wallace, Beliau adalah salah satu daripada empat lelaki di Amerika Syarikat selepas Perang Dunia II untuk mereka bentuk, pembuatan dan menjual kereta sendiri. Tetapi beliau lebih mengeluarkan kereta sendiri. Beliau berwawasan, apabila  dapat mengesan trend masa depan lama sebelum orang lain.

Beliau merupakan salah satu daripada Mavericks industri auto pertama yang menyedari bahawa penjimatan, kereta Jepun yang murah boleh memberi pengaruh besar di Amerika Syarikat dan dicipta Subaru, yang kini menduduki tempat ke-10 di Amerika Syarikat automobil. The Bricklin SV-1 sayap-gull, kereta sukan keselamatan adalah yang pertama seumpamanya dalam menggunakan akrilik dan gentian kaca panel, dan casis yang mampu menahan kesan halaju tinggi tanpa ubah bentuk. Matlamatnya mengadun gaya dengan keselamatan dan prestasi adalah relevan hari ini kerana ia merupakan kereta yang terhebat berada di pasaran untuk model tahun 1974. Beliau adalah usahawan kereta yang hanya mengimport lima kereta automobil di United States: Subaru, Bricklin SV1, Bertone, Pinanfarina, and Yugo.





BUDAYA TERBUKA

Budaya bebas ini bermaksud seseorang yang boleh menerima budaya luar. Jika sesebuah perniagaan memasuki pasaran antarabangsa akan berhadapan dengan pelbagai cabaran kebudayaan. Mengenal pasti dan memahami nilai-nilai budaya sesebuah masyarakat atau negara adalah penting untuk memasuki pasara antarabangsa. Usahawan hendaklah sentiasa peka dan berfikiran terbuka terhadap budaya luar bagi membuat penggubah suaian dalam organisasi serta operasinya supaya usahawan tersebut dapat melakukan perubahan serta mendapatkan keuntungan. Usahawan hendaklah sentiasa berfikiran terbuka serta boleh menerima budaya baru dalam melakukan sesuatu perniagaan.

Ciri-ciri budaya terbuka ini juga perlu dalam diri usahawan kerana ia penting bagi memasarkan barangan ke negara luar supaya tidak berlakunya masalah tentang adat atau budaya di negara asing. Melalui pengetahuan mengenai budaya luar usahawan dapat memahami perbezaan dan persamaan nilai-nilai etika yang diamalkan oleh sesebuah masyarakat dapat membantu organisasi perniagaan untuk maju dan mengembangkan perniagaannya sepanjang masa. Sebagai contoh, seseorang usahawan perlu peka terhadap barangan yang dijual itu halal ataupun tidak halal. Jika memasarkan barangan tersebut di negara islam akan menyebabkan kemarahan kerana ia amat sensitive.
  
Sebagai contoh, Tan Sri Dato Loh Boon Siew adlah nama individu yang bertanggungjawab membawa masuk motorsikal Honda ke Malaysia. Pada tahun 1958, beliau telah melawat Jepun untuk makan angin dan ternampak sebuah motorsikal Honda yang belum pernah digunakan di Malaysia dan berfikir mungkin akan mendapat pasaran yang baik jika dibawa ke Malaysia. Tan Sri Dato Loh Boon Siew telah membuat keputusan untuk membuat perjanjian dengan memesan 12 unit motorsikal.Tan Sri Dato Loh melakukan kajian pasaran berkaitan gaya hidup dan perbezaan budaya di negara Malaysia. Selepas negara Malaysia mendapat kemerdekaan pada tahun 1957, trend sosial rakyat pada ketika itu mula berubah. Dengan hanya berbasikal untuk ke satu tempat seperti ke pejabat, rakyat Malaysia pada ketika itu sudah diperkenalkan dengan motorsikal oleh penjajah sebelum kemerdekaan. Tetapi kebanyakan motorsikal yang dibawa masuk oleh penjajah adalah bersaiz besar seperti jenama Norton yang tidak sesuai dengan saiz tubuh badan yang kecil masyarakat Malaysia.

Dengan melihat keadaan sosio-budaya yang sedang berubah inilah, Tan Sri Loh Boon Siew telah berjaya mengenalpasti peluang perniagaan yang baru iaitu dengan menjual motorsikal saiz yang kecil dan ringan atau lebih dikenali dengan motorsikal ‘cub’. Cara ini sesuai dengan gaya dan cara hidup masyarakat di Malaysia yang bertubuh kecil dan bersesuaian dengan keadaan semasa pada ketika itu.




BERANI MENGAMBIL RISIKO

Mengambil risiko terbuka bermaksud risiko tersebut berkemungkinan akan mengalami kerugian ataupun keuntungan. Banyak kajian mendapati kecenderungan mengambil risiko adalah sebahagian daripada ciri keperibadian usahawan berjaya. Setiap perniagaan sama ada perniagaan kecil ataupun besar akan mengambil risiko untuk mendapatkan hasil yang lumayan serta membuat sesuatu perubahan dalam memantapkan lagi perniagaan tersebut. Namun begitu, ciri mengambil risiko terbuka ini hendaklah dirancang dengan teliti dan selamat serta perlu diimbangi dengan pengetahuan dan kefahaman supaya risiko tersebut tidak mendatangkan masalah kepada perniagaan.

Sebagai contoh usahawan yang mengamalkan ciri ini ialah Air Asia yang diterajui oleh Tony Fernandez. Tan Sri Anthony Francis Fernandes CBE (lahir 30 April 1964; juga dikenali sebagai Tony Fernandes ialah seorang usahawan dari Malaysia dan pengasas "Tune Air Sdn Bhd", yang memperkenalkan penerbangan tambang murah kepada penduduk Malaysia dengan slogannya, "Semua mampu naik kapal terbang". Fernandes mencapai kemasyhuran sewaktu dia memulihkan AirAsia daripada sebuah syarikat penerbangan yang mundur kepada sebuah syarikat awam yang cemerlang.
             
      Syarikat Air Asia dahulu merupakan syarikat yang ditubuhkan oleh DRB-Hicom, sebuah konglemerat kerajaan Malaysia, telah mengalami kesulitan disebabkan tanggungan hutang yang terlalu tinggi. Tan Sri Anthony Francis Fernandes telah mengambil risiko dengan membeli syarikat tersebut dengan harga satu ringgit dan mempunyai hutang dalam anggaran RM 40 juta dan hanya mempunyai dua kapal terbang terpakai Boeing 737-300, terbang hanya ke satu destinasi, membawa 250,000 penumpang setahun dan mempunyai hanya 250 pekerja.

Namun selepas 9 tahun syarikat yang telah dipimpin oleh Tan Sri Anthony Francis Fernandes AirAsia sekarang bernilai hampir RM 4 billion, mencatat keuntungan sebanyak RM549 juta, memiliki lebih 85 pesawat Airbus A320 dan A330, terbang terus melalui lebih 130 laluan perjalanan ke 70 destinasi seluruh dunia, menerbangkan lebih 20 juta orang penumpang setahun dan kini mempunyai lebih dari 8,000 orang pekerja di Malaysia, Thailand dan Indonesia. Hal ini menyebabkan syarikat ini antara pesaing terbesar syarikat penerbangan bertaraf antarabangsa utama lain yang telah lama beroperasi seperti Malaysia Airlines Sistem (MAS), dan Singapore Airlines (SIA)




PEMERHATIAN
Selain itu, usahawan juga perlu tajam daya pemerhatian yang bermaksud memberi perhatian dengan teliti dan terperinci serta peka terhadap sesuatu keadaan.Seseorang usahawan harus sentiasa dahagakan kepada sesuatu idea yang segar dan baru untuk memajukan perniagaannya. Menurut (Strock, 2015) Idea-idea yang hebat dapat dihasilkan sekiranya seseorang usahawan itu mengambil peduli dan memberi perhatian terhadap situasi dan isu yang berlaku di sekeliling mereka juga dengan apa yang berlaku di seluruh dunia.

 Usahawan perlu peka dengan keperluan dan kemahuan masyarakat masa kini agar usahawan dapat mengorak langkah ke hadapan berbanding usahawan lain. Dengan pemerhatian, usahawan boleh meningkatkan dan menaikkan kualiti produk serta perkhidmatan. Usahawan juga perlu menganalisis secara terperinci bagi menjamin barang dan perkhidmatan boleh diguna pakai bagi jangka panjang. Usahawan yang bijak membuat permerhatian akan mencetuskan pelbagai idea untuk memperkembangkan produk mereka.

Sebagai contoh, Dato’ Yusof Haslam atau nama Mohd Yusof bin Md. Haslam Khan, beliau merupakan seorang penerbit filem, drama, penulis skrip dan pelakon, Yusof juga adalah Pengarah Urusan di Skop Production. Datuk Yusof Haslam adalah seorang pengarah yang teliti dan cukup prihatin dengan masalah-masalah sosial di kalangan remaja dan juga masyarakat di bandar. Beliau menggunakan konsep tajam penglihatan pemerhatian atau peka terhadap isu sekeliling. Dalam filem-filemnya sering menceritakan masalah remaja-remaja kota, kehidupan remaja yang terbiar, keluarga yang bermasalah dan juga keluarga yang mengabaikan anak-anak mereka. Apa yang boleh kita lihat, dalam filem-filem Dato Yusof,akan didedahkan dan menggambarkan dengan segala permasalahan itu dan nasihat-nasihat serta cara-cara untuk mengatasinya.

Dengan itu terbuktilah bahawa ciri yang diamalkan oleh Datuk Yusof Haslam ini membuahkan hasil dan menjadikan beliau seorang usahawan perfileman yang berjaya di Malaysia. Negara kita perlu berbangga dengan adanya usahawan begini dan berharap agar lahirnya usahawan baru di masa yang akan datang.



BERORIENTASIKAN HASIL
            Berorientasikan hasil bermaksud minda  tindakan yang berfokus kepada hasil dan impak. Seseorang usahawan akan membuka perniagaan untuk mendapatkan keuntungan yang lumayan. Malahan, seseorang usahawan itu akan berusaha untuk mendapatkan hasil yang berterusan dengan cara memajukan lagi perniagaan mereka. Oleh itu, usahawan akan memasarkan perniagaan mereka ke luar negara. Di samping itu, usahawan akan berusaha  menghasilkan barang baru.

Dalam perniagaan, seorang usahawan berorientasikan hasil analisis produktiviti pekerja berdasarkan bilangan tugas yang beliau siapkan dalam tempoh yang ditetapkan dan kualiti produk atau perkhidmatan yang diberikan olehnya. Pekerja adalah bebas untuk menggunakan proses peribadi dalam usaha untuk mencapai sasaran yang ditetapkan di organisasi. Matlamat utama individu yang berorientasikan hasil atau organisasi adalah untuk memenuhi objektif dan menyedari pertumbuhan positif. Usahawan yang berjaya sentiasa melihat ke depan. Mereka melihat untuk melihat apa peluang mungkin hadir diri mereka pada masa hadapan dan bagaimana untuk mengambil kesempatan daripada peluang-peluang.

Selain itu, usahawan tersebut sentiasa mencari jalan melakukan sesuatu dengan kos yang lebih rendah atau dengan masa yang lebih singkat daripada kebiasaannya. Serta  sentiasa mengambil berat tentang perkiraan kos dan keuntungan dari sesuatu pembaharuan, perubahan atau sesuatu tindakan dan menggunakan maklumat-maklumat perniagaan atau kaedah pengurusan untuk meningkatkan kecekapan diri dan perniagaan .

Malaysia juga terdapat usahawan yang juga berjaya menaikkan nama Honda iaitu Tan Sri Loh Boon Siew. Boon Siew Honda merupakan sebuah syarikat yang sangat terkenal di Malaysia pada hari ini. Hal ini demikian kerana, keupayaan syarikat tersebut mengeluarkan motosikal yang menepati citarasa pengguna di Negara ini.

 Idea untuk menjual motosikal Honda di Malaysia tercetus sewaktu Tan Sri Loh Boon Siew bercuti di Jepun pada tahun 1958 di mana beliau ternampak sebuah motosikal Honda yang belum pernah digunakan di Malaysia. Oleh kerana beliau berpendapat bahawa motosikal model tersebut sesuai digunakan oleh orang Malaysia kerana saiznya yang agak kecil dan ringan berbanding motosikal keluaran Eropah maka beliau mengambil keputusan untuk membelinya dan menjualnya di Malaysia.

Ketika itu, masyarakat Malaysia menggangap bahawa motosikal tersebut tidak beguna dan cepat rosak. Ini tidak mematahkan semangat beliau dan dia terus berusaha. pada tahun 1963 motosikal Honda menjadi kenderaan yang paling diminati dan mendapat permintaan yang menggalakkan sehingga ke hari ini. Hal ini menunjukkan bahawa usahawan yang mempunyai ciri berorientasikan hasil mampu mencipta kejayaan kerana mereka berpandangan jauh dan mepunyai tekad yang tinggi kerana mereka berusaha untuk merealisasikan perancangan yang ada di fikiran mereka.



MEMPUNYAI CIRI DAN PROFIL DIRI YANG UNIK DAN PENGALAMAN
            Usahawan yang berjaya perlulah mempunyai ciri-ciri dan profil diri yang unik,hebat serta mempunyai kopentasi keusahawanan iaitu kemampuan dan kemahiran diri untuk melaksanakan fungsi-fungsi keusahawanan dengan berkesan.Pengalaman dan pengetahuan yang dimiliki oleh usahawan memboehkan seseorang usahawan usahawan tersebut melihat,menganalisis dan merebut peluang-peluang perniagaan yang tidak dapat dilihat oleh orang lain.Sebagai contoh seorang usahawan automotif  yang berjaya iaitu  SOICHIRO HONDA.Semua usahawan mementingkan hasil yang baik tidak kira dari segi keuntungan,kepuasan diri terhadap kejayaan yang dicapai dan sebagainya.
           
           Begitu juga dengan pengasas HONDA,dengan berorientasikan hasil yang baik beliau telah menghasilkan banyak kereta honda yang berkualiti tinggi yang menjadi salah satu kereta kegemaran orang ramai di seluruh negara.Hal ini,dapat dibuktikan dengan peningkatan jualan setiap tahun.Pada tahun 2014 kereta honda telah menguasai pasaran sebanyak 13%.manakala,pada tahun 2015 disasarkan peningkatan kereta luar negara sebanayak 1-3 peratus.Dengan menggunakan teknologi tinggi,semua kereta honda telah menjadi pilihan masyarakat di seluruh dunia disebabkan teknologi terkini yang ada pada kereta honda tersebut .



MENITIKBERATKAN MUTU KERJA YANG TINGGI
Usahawan yang berjaya akan sentiasa menitikberatkan standard dan mutu kerja yang tinggi nilainya.Produk yang mempunyai standard dan mutu kerja yang tinggi nilainyaakan mendapat kelebihan persaingan berbanding persaingan sedia ada.Ini adalah kerana,pelanggan biasanya akan mengkaji dan membandingkan kualiti sesuatu produk sebelum mereka memilikinya.Melalui mutu yang tinggi,usahawan bukan sahaja dapat meyakinkan para pembeli dan pelanggan tetapi juga dapat memuaskan kehendak dan keperluan mereka.

Ini secara tidak langsung,dapat meningkatkan prestasi sera imej perniagaan bagi usahawan.Sebagai contoh SOICHIRO HONDA telah menghasilkan kereta yang bertu tinggi dimana beliau telah menghasilkan teknologi penjimatan minyak yang sangat efisien.Disebabkan oleh teknologi penjimatan minyak tersebut Honda juga telah berada tahap yang paling tinggi dimana keberkesanan penjimatan minyak berbanding dengan kereta-kereta lain.Selain itu juga.kereta honda mempunyai nilai yang sangat tinggi ddimana kereta honda telah berada sama taraf dengan kereta-kereta mewah di automotif lain,berdasarkan laporan pengguna.


No comments:

Post a Comment